Selasa, 29 Ogos 2017

Remaja maut diseret lori puaka...................................................................................................












PEKAN - Seorang remaja maut selepas diseret sebuah lori yang melanggar lampu merah di persimpangan Simpang Mentiga, Kilometer 4, Jalan Pekan-Kuantan di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, mangsa pelajar Kuliah Sultan Abu Bakar di sini, Mohamad Adib Jasni, 18, membonceng motosikal ditunggang abangnya Mohamad Alif, 21, sebelum diseret lori yang melanggar lampu merah dari arah Kuantan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, Mohamad Adib maut ditempat kejadian manakala Mohamad Alif cedera di kaki kiri dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

"Kemalangan dipercayai berlaku selepas lori yang dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Pekan melanggar lampu merah lalu merempuh mangsa yang sedang membelok untuk masuk ke Simpang Mentiga.

"Menurut saksi motosikal mangsa adalah kenderaan kedua yang membelok selepas sebuah kereta, dan kedua-dua mangsa diseret oleh lori berkenaan,