Selasa, 29 Ogos 2017

GERIK - Selama 4 hari Akhirnya misteri kehilangan mangsa terbongkar jua ..........................................................................,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,............................




GERIK - Tragis, sedih, memilukan. Katalah apa saja namun pasti tiada kata dapat diungkap selain diselubungi kesedihan apabila ahli keluarga yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui tidak lagi bernyawa.

Lebih memilukan, jenazah mangsa ditemui kira-kira 100 meter di dalam gaung, empat hari selepas mangsa dilaporkan hilang ketika keluar dari rumahnya.

Misteri kehilangan dua lelaki sejak 25 Ogos lalu akhirnya terjawab dengan penemuan dua mayat berhampiran kereta jenis Proton Wira yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 27, Fasa 2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Kupang, di sini, petang tadi.


Dalam kejadian dipercayai berlaku kita-kira jam 11.00 malam, Jumaat lepas, dua mangsa, Arif Akmal Kamaruzzaman, 20, dan An Pon Ai Pon, 26, ditemukan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi petang tadi.

Menurut beliau, mayat mangsa dijumpai orang awam dan waris mangsa yang melakukan pencarian di sekitar jalan raya di Gerik dan Kelantan.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati kereta Proton Wira dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Gerik ke Kupang.

"Setibanya di tempat kejadian, kenderaan tersebut yang dipercayai dipandu laju terbabas ke kawasan berumput di kiri jalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter.

"Insiden itu menyebabkan Arif Akmal tercampak 50 meter dari kereta itu manakala rakannya tercampak 25 meter. Kedua-duanya disahkan telah meninggal dunia semasa dijumpai," katanya.

Tambah Ismail, anggota bomba berjaya mengeluarkan dan membawa naik jenazah An Pon pada jam 3.30 petang manakala Arif Akmal pula pada jam 5.20 petang.

"Keadaan mayat telah membengkak dan kedua-dua lelaki tersebut dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sejurus selepas kemalangan berdasarkan keadaan mayat yang tercampak keluar.

"Jenazah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 198