Ahad, 7 Mei 2017
TERENGGANU - Misteri kemunculan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih di tepi kereta di lebuh raya LPT 2.. .............
SEORANG pengguna, Ahmad Aziz Jaafar, 37 berkata, dia pernah mengalami gangguan ketika menggunakan LPT2 tetapi tidak mengendahkannya.
“Pernah berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk mengambil kawan yang keretanya rosak di LPT2 apabila diganggu dengan siulan menakutkan.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan ketika saya memandu terdengar siulan di tempat duduk belakang membuatkan saya seriau," katanya.
Menurutnya, bagi menghilangkan bunyi itu, dia memasang radio dengan kuat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hatinya.
Apabila tiba di kawasan terang, dia memberhentikan kereta dan memeriksa di bahagian belakang tetapi tiada apa-apa.
Ahmad Aziz menceritakan satu lagi insiden menyeramkan iaitu ketika dia bersama rakan berhenti di tepi jalan untuk melihat kereta yang rosak teruk akibat kemalangan yang berlaku beberapa sebelum ia sampai ke situ masih ada darah mangsa di dalam kereta itu mungkin mungkin mangsa sudah di bawa ke hospital .temanya tidak membuang masa untuk mengambil gambar
setelah ia pulang baru ia menyedari ada sesuatu yang di dalam fotonya
ternampak mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih