Khamis, 11 Mei 2017

bercuti di penang Terasa macam di Mabul sebab chalet ni di atas air! buka pintu terus boleh memancing ............................,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,.......
















   Chalet Seri Idaman, di Teluk Tempoyak, Batu Maung PENANG.  Terasa macam di Mabul sebab chalet ni di atas air! buka pintu terus boleh memancing, tapi macam tak sesuai untuk berenang. Permandangan memang cantek dan nyaman…..berhadapan dengan jambatan kedua Pulau Pinang.





Bilik Standard RM85 (beranda kongsi)
-aircond
-kipas

Bilik Delux RM155 (ada balkoni)
-aircond
-kipas
-peti ais
-water heater
-air panas


 Chalet Seri Idaman, 
 Teluk Tempoyak
11960 Batu Maung
penang
Tel: 04-6265871 / 013.4281712
0174211325

                            di depan terlihat jambatan pulau pinang
Kalau anda ingin ke chalet ini pastikan anda membeli ‘keperluan’ makanan ringan, minuman, rokok siap2 di luar kerana di sini tiada kedai runcit. Kalau nak ke kedai anda mesti keluar lebih kurang 3km dari tempat ini. Di seblah chalet ini ada restoran makanan laut yang beroperasi mulai 11 tengahari hingga 1 pagi. Kalau anda ingin memancing anda perlu membawa umpan dan kelengkapan memancing sendiri.

 Umpan yang ‘mujarab’ disini ialah udang hidup, ikan belanak dan umpun umpun. Spisis ikan pemangsa seperti Jenahak, Siakap dan Kerapu banyak disini disebab kan di hadapan Chalet ini ada kelong penternakan ikan. Selain itu, ikan2 yang mudah di pancing disini seperti gelama, kekacang, dan sembilang juga terdapat di sekitar chalet ini.