Khamis, 11 Mei 2017

MACHANG - Misteri penunggu kolam air panas tok bok di Kampong Rengas Labok khasiat kolam air panas tersebut dalam menyembuh pesakit lumpuh dan saraf.













MACHANG - Wajah baru kolam air panas Tok Bok sejak beberapa tahun lalu, berjaya menarik ramai pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan dan masyarakat luar, di sini.Kolam air panas ini terletak di Kampong Rengas Labok lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Machang. Ia berhampiran dengan jalan negeri Tok Bok ke Selising Pasir Puteh. Tahap kepanasannya amat tinggi dan berbeza dengan kolam-kolam air panas lain 
Bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang peristiwa misteri yang masih belum dirungkai dan diketahui orang ramai, Penulis berkesempatan menemui penduduk asal berhampiran Kolam Air Panas berkenaan, Zainab binti Ishak, 65, serta anaknya Hasnah binti Hamzah, 39, dari Kampung Rengas, Tok Bok dekat sini.

Menurut Zainab Ishak sewaktu menceritakan penemuan kolam tersebut menyatakan, sewaktu ketika dahulu kolam berkenaan tidak mempunyai nama. Ini kerana, semasa ditemui oleh pemilik tanah tersebut, arwah Setawa binti Senik (meninggal sekitar tahun 1970) iaitu di zaman pendudukan Jepun di Kelantan pada tahun 1941 hanyalah sekadar pancutan air panas biasa. Ia baru sahaja diusahakan oleh bekas Tok Penggawa kampung berkenaan, Allahyarham Taib di mana pancutan air panas itu terletak betul-betul di tengah sawah dalam kawasan belukar dan semak-samun.

Hasnah berkata, semenjak arwah pemilik tanah itu membina rumah kediamannya pada tahun 1950, tidak wujud perkara-perkara misteri. Namun, beliau mendapat tahu tentangnya daripada beberapa orang warga emas dan penduduk asal kampung berkenaan memberitahu, apabila berlaku hujan panas pasti akan menjelma kelibat susuk lembaga aneh berbentuk manusia terutamanya di siang hari berhampiran kolam tersebut.

Beliau juga mengetahui tentang satu cerita seorang pemuda di kampung berkenaan bernama Daud, 40, yang kerap kali pergi ke kolam tersebut kira-kira jam 5.00 pagi kerana itulah rutin hariannya sewaktu zaman remaja. Sewaktu mendekati di sebatang jalan yang sering dilaluinya berhampiran kolam tersebut, dalam kesamaran cahaya lampu motosikalnya beliau terdengar bunyi air berkocak seperti ada seseorang yang sedang mandi di dalam tersebut. 

Disebabkan suasananya agak gelap kerana dilindungi semak-samun dan belukar, beliau terus mengamati bunyi deburan air memang dari arah kolam terbabit. Jadi, untuk mengetahui dengan lebih jelas, beliau membelokkan kedudukan motosikalnya dengan menghalakan lampu hadapan motosikalnya ke arah kolam tersebut. Dengan menekan pedal motosikalnya sehingga menyebabkan bunyi yang tinggi supaya lampu motosikalnya berkeadaan terang menyinari keseluruhan kolam tersebut dan dari apa yang disaksikannya beliau dapat melihat lembaga perempuan seperti manusia berambut panjang mengurai sedang mandi dalam tersebut tetapi membelakangi suluhan lampu motosikalnya. Akibat pancaran lampu dan bunyi enjin yang kuat dari motosikalnya itu menyebabkan lembaga perempuan yang sedang asyik mandi dalam kolam berkenaan terus ghaib.

Rata-rata pengunjung percaya khasiat kolam air panas tersebut dalam menyembuh dan mengurangkan kesakitan terutama pesakit lumpuh dan saraf.