Isnin, 8 Mei 2017

MACHANG - Dua lelaki maut termasuk seorang anggota polis dan dua lagi parah dalam kemalangan dua kereta di KM 37, Jalan Kota Bharu -Kuala Krai awal pagi tadi.













MACHANG -  BUKIT BELAH ...Dua lelaki maut termasuk seorang anggota polis  manakala  dua  lagi parah dalam kemalangan melibatkan dua kereta  di KM 37,  Jalan Kota Bharu -Kuala Krai awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Mohd Faisal  Pauzi,31  dan Mohd Zariff  Che Zukri, 25 maut di tempat kejadian  akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Machang,  Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani berkata, kemalangan  di Bukit Belah tersebut dipercayai berlaku  apabila kereta  yang dipandu Mohd Zariff dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu terbabas sebelum memasuki laluan yang bertentangan.

Katanya, kenderaan Jenis Kelisa itu kemudiannya bertembung secara berhadapan dengan sebuah kereta  jenis  Viva  yang dinaiki Mohd Faisal yang juga seorang anggota polis dan bertugas  di Seremban, Negeri Sembilan.

"Mangsa maut dan cedera parah di hantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan disiasat di bawah Sek 41(1)APJ 1987,"