Ahad, 14 Mei 2017

LENGGONG - Kaki pancing yang berminat mengail di Tasik Raban memiliki air yang tidak tercemar,boleh memilih untuk menyewa bot dipandu sendiri dengan harga....













                      Resort Tasik Raban
LENGGONG - Untuk kemudahan para pengunjung, Resort Tasek Raban yang terletak di Lenggong, Perak menyediakan bilik penginapan berhawa dingin yang ideal untuk anda yang dalam perjalanan dan percutian ke Daerah Hulu Perak atau ke Pantai Timur. Terletak Kira-kira 12km dari pekan Lenggong, Resort Tasek Raban telah memulakan operasi pada bulan April 2004 dan diuruskan oleh Majlis Daerah Lenggong. Keindahan alam semulajadi yang menawan sentiasa menggamit anda datang kemari.


Pakej Promosi Resort Tasek Raban 2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Majlis Daerah Lenggong sedang mengadakan Pakej Promosi Resort Tasek Raban sempena Tahun Melawat Perak 2017. Antara Pakej yang dianjurkan adalah :-

1. Pakej Hari Keluarga 2 Hari 1 Malam
2. Pakej Kursus 3 Hari 2 Malam

Sekiranya berminat, boleh datang terus ke Pejabat Majlis Daerah Lenggong atau menghubungi Puan Siti Rafeah Binti Dzukipli (Penyelia) di talian 019-576 3414.



ramai pelawat berasa kagum melihat keindahan suasana persekitarannya kerana masih lagi memiliki air yang tidak tercemar, di samping kehijauan hutan menghiasi kiri dan kanan tebingnya.

Malah, tasik yang kaya dengan sumber ikan air tawar asli seperti kaloi, loma, tenggalan, baung dan lampan ini bukan sahaja mendatangkan rezeki kepada penduduk kampung di situ tetapi bebas untuk diterokai oleh pemancing luar.

Kaki pancing yang berminat mengail di Tasik Raban boleh memilih untuk menyewa bot dipandu sendiri dengan harga RM80 bagi tempoh 12 jam dan RM20 bagi tambahan masa melebihi sejam berikutnya atau menyewa bot selama 24 jam pada harga RM150,"



Pengunjung juga boleh melihat keindahan Empangan Chenderoh iaitu empangan pertama dibina di Asia Tenggara pada tahun 1927 dan berehat di Suka Suka Resort yang menyediakan penginapan calet ala kampung dan dijamu masakan tradisional negeri Perak" katanya.

Terdapat enam kampung mengusahakan inap desa di tasik tersebut iaitu Kampung Beng, Kampung Batu Ring, Kampung Durau, Kampung Dusun, Kampung Beng Dalam dan Kampung Durian Lubok.

Sekiranya enggan bermalam di rumah penduduk kampung, pengunjung boleh memilih untuk tidur di asrama disediakan oleh TOP Centre di Taman Rekreasi Tasik Raban dengan sewa RM5 atau RM4 bagi penginapan perkhemahan selama semalam untuk seorang.

Mereka juga boleh menyewa bilik atau calet di Resort Tasik Raban yang mempunyai tapak perkhemahan dan tempat barbeku, sesuai sekali untuk pemancing memanggang ikan segar yang baru ditangkap.