Ahad, 14 Mei 2017

Kota Tinggi Mersing - Misteri jelmaan mahluk halus di kubu tepi jalan Kota Tinggi Di sini juga kerap dilaporkan berlaku beberapa kemalangan maut














DI SEBALIK kisah sejarah, kubu tepi jalan Kota Tinggi-Mersing turut menyimpan cerita-cerita misteri dan seram yang sering dialami beberapa pemandu yang melaluinya pada waktu tengah malam.
kerana jalan yang sunyi ditambah pula dikelilingi hutan belantara, lebih membangkitkan rasa yang boleh menyebabkan bulu roma meremang ketika memandu di kawasan itu pada waktu malam.

Di sini juga kerap dilaporkan berlaku beberapa kemalangan maut akibat kenderaan yang terbabas dan melanggar kubu yang berada hanya beberapa inci dari bahu jalan.


                                                Mohd. Hafize Misroh,

Seorang jurutera, Mohd. Hafize Misroh, , pernah mengalami kejadian seram ketika melalui kawasan tersebut sewaktu mahu ke Johor Bharu.

Katanya, dia melalui jalan tersebut kira-kira pukul 11 malam, bersama seorang lagi rakannya. Ketika dia sedang memandu sementara rakannya pula terlelap, tidak semena-mena kenderaannya terasa seperti melanggar sesuatu.

Mohd. Hafize yang sedikit panik terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Di dalam gelap, dia terpandang sebuah kubu usang di tepi jalan. Tanpa berlengah, dia mengejutkan rakannya dan melihat apa yang berlaku.

“Pelik juga kerana tiada apa-apa. Saya sangka tayar kereta pecah. Tetapi keadaan kereta elok sahaja. Sebelum saya masuk ke dalam kereta semula, saya terpandang ke arah kubu lama itu kerana seperti ada orang yang sedang bergerak di tepi bahagian belakang kubu itu,” katanya.

Namun, rakannya segera mengajak dia masuk ke dalam kereta dan menyambung semula perjalanan. Mohd. Hafize berkata, sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, bulu romanya meremang dan seram sejuk.

Apabila merasakan sesuatu tidak kena, dia segera membaca ayat al-Quran dan segera menyambung perjalanan sambil bersyukur kerana tiada apa yang buruk berlaku ketika itu.

Apa yang dilalui Mohd. Nawawi Zulkifli, 35, pula tidak jauh berbeza apabila turut merasai seram sejuk ketika melalui kawasan itu pada waktu malam suatu ketika dahulu.

Katanya, kira-kira 10 tahun lalu, kawasan di sepanjang jalan raya itu hanya dikelilingi hutan tebal dan apabila waktu malam, laluan akan begitu sunyi sepi.

“Waktu itu saya melalui jalan itu pada tengah malam untuk ke bandar Kota Tinggi bersama dua lagi saudara. Seorang rakan pernah nasihati saya jangan lalu jalan itu waktu tengah malam. Tetapi saya tidak endahkan,” katanya.

Dia berkata, sebaik sahaja hampir melalui kawasan kubu usang itu, dia yang ketika itu duduk di sebelah pemandu terlihat kelibat seorang lelaki duduk bertenggek di tepi salah satu kubu itu sambil memandang ke arah seberang jalan.

Katanya, lelaki tersebut tidak bergerak langsung dan pakaiannya kelihatan agak buruk. Mohd. Nawawi lantas bertanya pada saudaranya namun, saudaranya memberitahu dia tidak nampak sesiapa pun duduk di tepi kubu itu ketika melalui kawasan itu.

“Walaupun samar-samar tetapi saya pasti itu adalah kelibat seorang lelaki. Itulah sekali pengalaman saya melalui jalan tersebut. Kini ada juga saya lalu jalan itu, tetapi telah banyak kenderaan yang melaluinya dan sebahagian kawasan hutan di tepi jalan itu juga telah ditebang untuk projek tanaman,”