Ahad, 16 April 2017

TANAH MERAH - Tindakan pantas seorang lelaki berjaya menggagalkan cubaan adik lelakinya yang berusia 52 tahun daripada menggantung diri













TANAH MERAH - Tindakan pantas seorang lelaki berjaya menggagalkan cubaan adik lelakinya yang berusia 52 tahun daripada menggantung diri di sebuah restoran di Jalan Dato Nik Mustapha, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, lelaki terbabit dikatakan cuba menggantung diri menggunakan wayar 'extension' elektrik di tingkat satu restoran berkenaan.

Katanya, kejadian disedari abang lelaki itu yang kebetulan berada di restoran berkenaan, lalu bergegas naik ke tingkat satu dan menurunkan mangsa menggunakan tangga.

"Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudiannya diberi bantuan awal Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR)
Mangsa kemudian sedarkan diri, lalu terus dibawa ke Hospital Tanah Merah dan kini dalam keadaan stabil.

"Punca kejadian masih disiasat,"