Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu kebakaran dikatakan bermula dari kediaman berdekatan dan merebak ke bahagian lain nampak api menjulang tinggi.
Saksi, Mat Hussin Kadir, 66, berkata dia keluar dari rumah dan lihat api merebak dari sebuah rumah ke rumah berdekatan memandangkan keadaan rumah binaan kayu rapat-rapat.
"Semasa kejadian, ramai penghuni tiada di rumah dan ada diantara dapat menyelamatkan diri manakala barangan dalam rumah terpaksa ditinggalkan akibat api yang marak," katanya.
Seorang mangsa, Napisah Mamat, 52, berkata ketika kejadian dia sedang makan tengah hari bersama suaminya.
"Saya terdengar bunyi letupan dan nampak api dari luar rumah.
"Kami terus keluar dari rumah dan menyelamatkan diri,walaupun kediaman kami musnah namun saya bersyukur masih selamat," katanya.
Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba Kanan, Ketua Balai Bomba Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 12.58 tengah hari.
"Tujuh jentera dihantar ke lokasi kejadian untuk bantuan termasuk dari Balai Kota Bharu dan Darul Naim.
"Semasa kita sampai hampir 70 peratus kediaman terbabit musnah dan kita berusaha memadamkan kebakaran walaupun mengalami masalah tekanan air rendah dan tiupan angin kencang," katanya.
Zaini berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan kerugian yang ditanggung penghuni akibatkan kebakaran dan menyerahkan kepada pihak forensik kebakaran untuk tindakan lanjut