Sabtu, 15 April 2017

Misteri Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) kembali mencari mangsa Seorang anggota polis maut selepas kereta dipandunya merempuh tebing bukit akibat terbabas













Dungun: Seorang anggota polis maut selepas kereta dipandunya merempuh tebing bukit akibat terbabas di Kilometer 339.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Paka, di sini,

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari, mangsa, Lans Koperal Mohd Rafshan Jani Mohmad Rafdzi, 33, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda FD dipandu mangsa dari Kuantan ke Kuala Terengganu terbabas ke kiri jalan lalu merempuh tebing bukit sebelum terbalik.


Mohd Rafshan yang bertugas di Balai Polis Gemenceh, Tampin, Negeri Sembilan dipercayai dalam perjalanan ke kampungnya di Rantau Panjang, Kelantan ketika kemalangan berlaku.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka Zulkifli Mohd Ali berkata, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat kemalangan itu.