Jumaat, 14 April 2017

BAGAN SERAI - Misteri terbongkar Bunyi letupan bertalu-talu dari arah ruang tamu sebuah rumah di Taman Serai Permai,














BAGAN SERAI - Bunyi letupan bertalu-talu dari arah ruang tamu sebuah rumah di Taman Serai Permai, di sini sejak seminggu lalu menyebabkan sebuah keluarga panik sehingga lari keluar rumah.

Lebih mengejutkan, bunyi letupan bagaikan medan pertempuran itu berpunca daripada hampir keseluruhan lantai jubin di ruang tamu rumah berkenaan yang tiba-tiba meletup, merekah serta terangkat ke atas tanpa sebab.

Dalam kejadian pertama pada 7 April lalu, mangsa, Mohd Rofdi Nordin,45, berkata, sewaktu kejadian berlaku lebih kurang jam 12 tengah hari, isterinya sedang memasak di dapur, manakala tiga anaknya sedang bermain di ruang tamu rumah.
   Menurutnya, isterinya terkejut mendengar bunyi letupan bertalu-talu dari arah ruang tamu dan pada mulanya menyangka kejadian itu angkara perbuatan nakal anak-anak.

"Bila isteri periksa bahagian ruang tamu, dia terkejut mendapati beberapa lantai jubin merekah, terangkat dan meletup secara tiba-tiba.

"Panik dengan kejadian itu, dia bersama tiga anak saya segera keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.terlintas dalam fikiran anaknya mungkin raksasa ingin kluar di rumahnya dan berharap ultraman datang menolong...