Rabu, 1 Mac 2017

PASIR MAS - Mustapa Saleh, 53,setiap hari bertemankan lalat dan bau busuk terpaksa dia menjadikan kerja sebagai pemungut sampah sebagai pekerjaan tetap.













Pasir Mas - Berbeza dengan Mustapa Saleh, 53, dia menjadikan kerja sebagai pemungut sampah sebagai pekerjaan tetap.

Menurutnya, dia mula memungut sampah dari jam 8 pagi hingga 5 petang, setiap hari.

“Jika saya kerja lebih masa, saya dapat kumpul RM25 sehari. Itu sahajalah rezeki saya demi sesuap nasi,” katanya.

Mustapa yang juga bapa tunggal berkata, dia baru sahaja memulakan kerja ini sejak lima tahun lalu.

Katanya, sejak berhenti kerja sebagai pemandu motosikal di Rantau Panjang, dia mula menjadi pemungut sampah di sini.

"Saya berhenti kerja sebab sakit dalam perut yang dihadapi hampir 10 tahun lalu.

"Jadi untuk tampung perbelanjaan harian, saya tak kisah kutip sampah," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan