Rabu, 1 Mac 2017

KOTA BHARU - Misteri perkuburan yang berusia 100 tahun terdapat di tengah-tengah Kompleks Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh.












                    Kawasan perkuburan yang terdapat di tengah-tengah Kompleks Pasar Awam                                                                Bersepadu   Wakaf Che Yeh.


KOTA BHARU - Mungkin bukan suatu yang pelik bagi peniaga di Kompleks Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh apabila berkongsi lokasi dengan tanah perkuburan lama di tengah-tengah pasar basah kompleks berkenaan.

Namun bagi orang ramai yang belum pernah atau jarang berkunjung ke pasar berkenaan, ia pasti menimbulkan sedikit kehairanan bagaimana wujud kubur di kawasan berkenaan.

 terdapat kira-kira 20 kubur di kawasan berkenaan berdasarkan jumlah batu nisan yang terdapat di situ.


Peniaga, Che Bedah Che Mat, 84, berkata, dia tidak pasti bilakah tanah perkuburan di situ wujud kerana sejak mula berniaga di pasar berkenaan lima tahun lalu ia telah wujud.

Menurutnya, walaupun berniaga bersebelahan kubur, tidak ada kejadian menyeramkan berlaku sepanjang dia dan peniaga lain berniaga di situ.

“Setakat ini mak cik tak pernah alami apa-apa, orang pun hormat kawasan kubur itu. Walaupun tidak ada pagar mahupun penghalang lebih kukuh untuk kelilinginya.

“Apa yang makcik tahu, dulu tapak pasar ini menempatkan sekolah tahfiz. Mereka dipindahkan ke kawasan bersebelahan selepas kompleks baru ini dibina,” katanya ketika ditemui di pasar berkenaan baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Madrasah Tahfiz Darul Ansar, Azahari Ab Rahman, 81, ketika dihubungi mengakui kewujudan tanah perkuburan berkenaan yang sebelum ini terletak bersebelahan madrasahnya.

Beliau berkata, madrasah yang dibina di atas tanah pusaka milik moyangnya yang telah diwakafkan itu mula beroperasi pada tahun 2000.

“Di peringkat awal proses pemindahan pada 2007, pemaju turut berhasrat memindahkan kubur berkenaan, bagaimanapun dengarnya ada ‘masalah’ sehingga rancangan tersebut terpaksa dibatalkan,” katanya.

Azahari berkata, seingat beliau dalam tempoh lebih 50 tahun orang kampung sudah tidak lagi mengebumikan jenazah di tanah perkuburan yang mungkin telah berusia 100 tahun.

“Di peringkat awal operasi madrasah ini dahulu, tukang kebun pernah ceritakan pengalaman berasa ‘seriau’ pada sebelah petang, mungkin juga disebabkan kawasan itu semak samun. Tapi selain dari itu, tidak ada apa-apa yang pelik,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan