KUALA KRAI, KELANTAN: GUA SETO (gua setan) yang terletak di Kampung Gua Ikan dalam daerah Dabong, Kuala Krai, Kelantan merupakan sebuah gua yang letaknya berhampiran dengan Gua Ikan sememangnya tidak tersohor sebab gua ini di percayai sejak zaman dulu di takuti penduduk kampung sesiapa memasuki gua ni akan terkena kerasukan hantu seto (hantu setan). Disebabkan tidak begitu popular kepada umum, gua ini memang tidak dicatatkan di dunia maya dan tidak pernah dikunjungi pelancong dari dalam negara apatah lagi pelancong luar negara.
Jarak perjalanan dari Pekan Dabong ke Gua Seto adalah kira-kira 42 kilometer dan dari Kota Bharu kira-kira 150 kilometer.
Walau bagaimanapun, Gua Seto dianggap unik. Disebabkan adanya keunikan dunia gua yang sunyi dari gangguan bunyi bising. Keadaan ini diikuti pula laluan bawah tanah melalui gua ini,
Dari laluan jalan utama di hadapan gerai makanan milik Pak Da Soh, untuk mendaki untuk memasuki lubang gua d Setelah tiba di gua yang dimaksudkan, yang mana di tingkat satu gua berkenaan sememangnya banyak laluan yang perlu di redahi. meninjau beberapa lorong dalam gua, dengan tiba-tiba kami terpandang seekor katak biasa
yang mana saiznya lebih besar berbanding katak yang pernah dilihat di luar gua sedang melompat, mungkin agak terkejut dengan gerombolan kami dan ingin melarikan diri. Dalam masa satu jam kami berjaya menyelongkar dan melalui beberapa lorong dan laluan di dalam gua sehinggalah kami tiba di sebuah kilauan seperti berlian. Dari penglihatan kami, ia pasir yang mudah berderai namun apabila disentuh pasir tersebut adalah batu yang agak pejal dan keras.
bahaya memasuki gua kerana dibimbangi sesat di dalamnya ataupun diganggu pelbagai makhluk ghaib termasuk binatang buas ruang Gua Seto di tingkat dua boleh menempatkan 1,000 orang manakala di tingkat tiga pula seramai 500 orang. Selepas itu, kami turun kembali ke tingkat dua, lalu menemui dua batu yang mana sebuah batu berkepala ular seperti ular dan sebuah batu lagi seperti katak biasa. Menurut Pak Da Soh, memang Gua Seto dihuni jelmaan seekor ular sebesar "Anaconda".
batu menyerupai katak
Rencana ini adalah karya asal AZMI MOHD. SALLEH yang telah diciplak.
BalasPadam