Isnin, 20 Mac 2017

KOTA BHARU - Misteri kolam puteri saadong di Kota Tegayung di ketereh tahun 1610 sehingga 1677 membuka Kota Tegayong taman purba yang wujud pada abad ke-17










 
       KOTA BHARU - Tidak ramai yang menyedari kewujudan Taman Serendah Sekebun Bunga, peninggalan Cik Siti Wan Kembang - wanita yang menerajui pemerintahan Kelantan pada masa silam.

Taman ini mungkin boleh mengimbau bayangan terhadap Cik Siti Wan Kembang dan anak angkatnya, Puteri Saadong yang kisah mereka disaluti mitos dan legenda itu.

Terletak di kawasan agak berbukit dan terdapat sebuah kolam, di kelilingi pohon menghijau dan udara yang nyaman, baginda dan Puteri Saadong dikatakan menghabiskan waktu terluang di sini.

Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong yang menjadi tempat permainan dan bersukaria baginda dan anak angkatnya Puteri Saadong merupakan sebahagian daripada kota yang dibina raja keenam Kelantan itu di satu kawasan hutan yang dipenuhi pokok tegayong.

Cik Siti Wan Kembang membina Kota Tegayong sebagai pusat pentadbiran baru baginda selepas Gunung Chintawangsa di kawasan pedalaman Kelantan.

Baginda yang memerintah negeri dari 1610 sehingga 1677 membuka Kota Tegayong setelah mudik ke hilir Sungai Kelantan apabila bersahabat dengan Raja Jembal.

Pakar sejarah mengatakan baginda kembali semula ke Gunung Chintawangsa di hujung pemerintahannya dan kisah mengenai Cik Siti Wan Kembang lenyap di situ.

Peninggalannya hanyalah tapak sebuah taman purba yang wujud pada abad ke-17, selain keindahan nama timangan bagi sebuah negeri dan pemerintah wanita tersohor.

Cuma terdapat sebuah pasar mini yang memakai nama Sekebun Bunga boleh mengingatkan bahawa anda sudah semakin hampir untuk ke tempat yang dituju.

Taman itu dimasukkan dalam senarai tempat menarik untuk dikunjungi dalam laman web Majlis Daerah Ketereh namun anda tidak harus mudah terpengaruh kerana pihak berkuasa tempatan itu sendiri seolah-olah tidak menjengah ke situ.

Jika anda membayangkan suatu yang indah dengan beraneka bunga dan kehijauan yang mententeramkan, lupakan sahaja buat masa ini, apa yang wujud hanyalah suatu yang menyakitkan pandangan.

Tinjauan yang dilakukan ke tapak khusus seluas 700 meter persegi kawasan yang dianggap kini terbiar dan tidak lagi menggambarkan ia sebagai sebuah taman.

"Alhamdulillah walaupun kawasan ini tersembunyi, belum ada kes lagi orang melakukan kerja tak senonoh seperti menagih dadah atau maksiat," ujarnya.

 harta karun juga pernah dijumpai di situ namun,  ia mungkin mempunyai kaitan orang kampung menyembunyikan barangan berharga mereka semasa Jepun menyerang Tanah Melayu.

Tapi ada juga orang datang ambil air kolam untuk mengubat penyakit gatal kulit," 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan