Selasa, 14 Februari 2017

PASIR MAS - Misteri jalan kubur bongor di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas di sinilah di percayai tempat tinggal makhluk halus













        PASIR MAS,   KEMALANGAN maut adalah suatu tragedi. Namun, nahas yang melibatkan kematian kebanyakannya akan menjadikan kawasan terbabit ditakuti orang. Ini kerana, pengalaman beberapa mangsa yang terkena usik sama ada diganggu suara mengilai, menjerit dan menangis malah kadang-kadang diganggu jelmaan lembaga yang menakutkan turut menjadi igauan tidur sesetengah mangsa.
      Kejadian ini bukan cerita dongeng,  nahas ngeri apabila mangsa digilis sebuah lori projek pernah berlaku pada bulan Ogos 2009 di kawasan dikenali  kubur bongor di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas Di sinilah pembonceng motosikal (mangsa) digilis lori projek dan meninggal di tempat kejadian. dekat sini sememangnya menakutkan orang ramai khususnya di kalangan kanak-kanak yang turut disakat lembaga perempuan
    mangsa menunggang motosikalnya dari arah rumah dan apabila sampai di kawasan jalan ladam kuda itu mangsa kemudiannya membelokkan motosikalnya. Dengan tidak diduga sebuah lori projek yang penuh dengan muatan batu-batu kuari tiba-tiba merempuh mereka dengan pantas. Kejadian nahas itu pula berlaku berhampiran dengan tempat projek pembinaan jalan di kampung terbabit
                      Di sinilah pembonceng motosikal (mangsa) digilis lori projek dan meninggal
                                                                di tempat kejadian.

    Akibat dirempuh dengan kuat, kedua-dua mangsa terpelanting. Penunggang motosikal itu juga turut tercampak ke sebuah pagar buluh berdekatan dengan kebun tanaman berhampiran semak itu hanya sekadar mengalami cedera ringan dan luka-luka sahaja. Namun, keadaan pemboncengnya agak ngeri apabila terperosok ke bawah perut lori terbabit menyebabkan tayar belakang kenderaan berat itu telah menggilis sebahagian tubuh mangsa dan menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian ketika itu juga.
     selepas seminggu kejadian nahas ngeri itu, orang-orang kampung mula bimbang, apatah lagi dengan kanak-kanak mula terasa seram sejuk apabila menjelang waktu tengah malam"
selepas jam 12.00 tengah malam, pengguna jalan raya yang melewati kawasan nahas itu dengan menunggang motosikal secara bersendirian akan sering terdengar dengan jelas seperti suara perempuan sedang menangis. Manakala pengalaman seorang warga emas yang pernah memandu kenderaannya di kawasan terlibat memberitahu, tayar keretanya seolah-olah terpijak suatu objek yang agak keras seperti ketulan batu dan selepas itu berlaku hentakan yang agak kasar terhadap keretanya itu, namun apabila beliau mengundurkan kenderaannya untuk melihat secara lebih dekat objek apakah yang dipijak dan dilanggarnya didapati tidak ada sesuatu yang merintangi atau menghalang laluannya sehingga terasa sesuatu digilis tayar keretanya itu.
       Setelah mengalami pengalaman diusik lembaga bersuara menakutkan itu, menyebabkan lapan pelajar yang menjadi mangsa usikan itu sering dalam ketakutan kerana itulah pengalaman pertama mereka disakat walaupun sebelum ini mereka tidak ambil kisah sangat kononnya tidak apa-apa yang perlu ditakutkan. Jadi, sikap tidak ambil peduli pelajar itu yang menjadi mangsa usikan itu sebenarnya menyusahkan mereka sendiri dan pengalaman itulah yang mendorong mereka sentiasa berhati-hati.

Justeru sejak hari itu, apabila mereka berkenaan ingin ke kampung bersebelahan terutamanya pada malam hari mereka akan melalui jalan yang lain kecuali di sebelah siang hari walaupun berkeadaan sunyi dan menyeramkan kerana kawasan berkenaan agak lengang kerana jarang dilalui tidak sebagaimana sebelumnya.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Artikel dan Foto dari blog ini adalah dari artikel dan foto asal saya yang diambil tanpa izin.

    BalasPadam