Isnin, 13 Februari 2017

KOTA BHARU - Misteri hantu menangis di tanah perkuburan inilah Jalan belakang tanah perkuburan Kampung Sungai Keladi menuju lubang misteri.












              Jalan belakang tanah perkuburan Kampung Sungai Keladi menuju lubang misteri.

         KOTA BHARU,:  PERCAYA atau tidak, makhluk halus semakin ramai di zaman teknologi maklumat hari ini, kerana aura, gelombang dan teknologi adalah dunianya. Makhluk ghaib itu tetap ada di mana-mana, tak kira di zaman dulu atau zaman moden ternyata kalau manusia memerlukan mereka dalam konteks menyalahi agama atau tidak, makhluk halus akan tetap menjadikan manusia sebagai kuda tunggangan. Sebabnya, kelemahan sebenar manusia adalah tidak dapat melihat mereka, sebaliknya makhluk halus dapat melihat manusia dari pelbagai sudut.



         Kampung Sungai Keladi dekat sini beberapa tahun lalu, apabila beberapa orang penduduk tempatan bukan sahaja dapat mendengar suara rintihan yang mendayu-dayu penuh misteri. Malah ada juga di kalangan mereka yang dapat melihat makhluk berkenaan di beberapa kawasan di sekitar tanah perkuburan di kampung berkenaan. Akibat sering terdengar suara misteri itu menyebabkan ada di antara kanak-kanak di kawasan terbabit diserang demam dan sering dalam ketakutan.
                                                   Zaidah binti Mustafa, 

    Zaidah binti Mustafa, 37, di mana rumahnya terletak paling hampir dengan tanah perkuburan Kampung Sungai Keladi Katanya, beliau tidak nafikan tentang kemunculan lembaga misteri walaupun pada mulanya dia tidak ingin mempercayainya. Malah beliau juga turut ditanya oleh beberapa orang penduduk kampung berkenaan tentang bunyi suara aneh wanita menjerit di malam hari sebagaimana yang pernah dialami oleh beberapa penduduk terbabit. hari yang berikutnya, barulah beliau dapat mendengar suara tersebut dengan agak jelas. Suara yang didengarinya itu bukanlah suara mengilai sebagaimana yang pernah dilaporkan beberapa media cetak dan orang ramai. Tetapi, suara tersebut seperti seorang wanita yang merayu pertolongan dan simpati dan kemudiannya diikuti sahutan bunyi salakan anjing yang mendayu-dayu. Kadang-kadang bunyi salakan anjing lebih awal dari bunyi suara wanita merintih seperti di dalam kesakitan.
    Menurut Zaidah, jeritan meminta tolong kerap berbunyi apabila malam semakin larut bermula jam 12.30 malam, jam 2.30 pagi dan kadang-kadang jam 4.00 pagi iaitu sebelum Subuh menjelang.
Katanya, bunyi jeritan dan rintihan tersebut agak sayup-sayup seperti bunyinya dari jarak jauh dan pernah beberapa kali dalam jarak dekat. Bahkan pernah juga satu lembaga sedang bertenggek di atas sepohon getah berhampiran tanah perkuburan yang terletak di hadapan rumahnya.
    
                            Lubang misteri yang didakwa wujudnya mayat akibat bau busuk

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Artikel dan Foto dari blog ini adalah artikel dan foto asal saya yang diambil tanpa izin.

    BalasPadam