Ahad, 19 Februari 2017

KOTA BHARU - Misteri Pantai Sabak atau di kenali pantai kematian seorang pengunjung terlihat hantu askar jepun di pintu kubu












      KOTA BHARU - Pantai kematian .disinilah terjadi serangan hebat antara askar jepun dan British dan banyak askar jepun dan British mati di pantai ini Kubu-kubu pihak British yang kuat itu telah menembak dengan hebatnya sehingga askar-askar Jepun yang mara dari arah pantai itu terpaksa merangkak, sebelah kaki dalam air dan sebelah kaki lagi atas pasir dan tiada dapat mengangkat kepala mereka kerana takut terkena peluru.  Pendaratan askar-askar Jepun itu telah dilaksanakan dengan tiga kumpulan atau gelombang yang berasingan dengan jarak masa selama kira-kira satu jam tiap-tiap satu gelombang dengan menggunakan kapal-kapal pengangkut yang membolehkan askar-askar dan juga kenderaan-kenderaan tentera mendarat dari haluannya (landing craft) yang sama bagi mengangkut askar-askar ketiga gelombang itu. Gelombang pertama mengandungi dua puluh kapal pendarat atau pengangkut yang diketuai oleh Letnan-Kolonel Nakamura.

Pantai Sabak penuh sejarah dan miteri 
                            
                                           mayat askar jepun di tepi pantai sabak



Tiada ulasan:

Catat Ulasan