Sabtu, 18 Februari 2017

JELI KELANTAN - Misteri wakaf di gunung Reng tempat taman permainan orang bunian (Puteri Sa’adong) yang menjadikan sebuah bilik dalam gua berkenaan sebagai tempatnya bersemayam dan juga hulubalangnya











JELI, KELANTAN:  GUNUNG RENG yang terletak di tepi Lebuh raya Timur-Barat antara Jeli (Kelantan) dan Gerik (Perak) adalah sebuah gunung yang hanya gah di tempatnya. Gunung ini yang kadangkala digelarkan oleh segelintir masyarakat sebagai sebuah mitos, malah ada yang mendakwa sebagai lagenda dan sejarah. Usianya melebihi 1,400 tahun, Gunung Reng tetap berdiri di tempatnya, di bawahnya adalah sebuah gua dikenali Gua Payong.


Gunung Reng juga kaya dengan pelbagai cerita misteri sama ada tentang guanya, kisah Puteri Maryam binti Raja Loyor (Puteri Sa’adong) yang menjadikan sebuah bilik dalam gua berkenaan sebagai tempatnya bersemayam dan juga hulubalangnya menjadikan Gunung Reng menjadi tarikan pelancong sama ada dari dalam dan luar Kelantan. Disebabkan itulah, maka Gunung Reng turut dimasukkan dalam kalendar pelancongan sebagai salah satu destinasi terbaik untuk dikunjungi.
   Beberapa kemudahan telah diwujudkan seperti gerai makanan, rumah tumpangan dan wakaf rehat. Namun, sekarang keadaannya tidak seperti dulu se olah ada sesuatu yang tidak mengizinkan

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Artikel dan Foto dalam blog ini adalah artikel asal saya.

    BalasPadam
  3. Artikel dan Foto dalam blog ini adalah dari artikel dan foto asal saya yang diambil tanpa izin.

    BalasPadam