Rabu, 11 Januari 2017

TERENGGANU - Misteri rumah usang di atas bukit Kawasan Bukit Belah inilah didakwa pengguna lebuhraya LPT2 terserempak lembaga hitam melintas.












Lembaga besar di sempadan Ajil-Bukit Besi

Seorang penarik kereta atau “Call Man”, Shamsudian Salleh, 43 berkata, 

kerjanya sebagai tukang tarik kereta yang mengalami kerosakan akibat
 kemalangan membuatkannya sentiasa berada di LPT2 dan pelbagai faktor
 sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan.

Kisah-kisah mistik yang diperkatakan oleh orang ramai juga bukan perkara

 asing baginya walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri.

Menurutnya, paling banyak tiga kes kemalangan berlaku dalam sehari tetapi 

kadang-kadang ada juga dalam seminggu tiada kemalangan.

“Antara kisah makhluk halus yang popular di kawasan ini ialah kehadiran 

lembaga besar di sempadan Ajil dan Bukit Besi.

“Satu lagi gangguan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih

 di sekitar Jerangau dan laluan itu memang berlaku kemalangan.

“Ada juga rakan yang kemalangan selepas terlihat lembaga hitam melintas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan