Rabu, 11 Januari 2017
SEREMBAN - Misteri BUKIT Putus menyimpan 1001 rahsia.Sesiapa yang 'bernasib baik' sahaja akan diganggu oleh makhluk halus.
BUKIT Putus, bukan setakat penduduk Negeri Sembilan kenal dengan nama ni,
malah masyarakat luar juga mengetahui tentangnya. Seperti ular kena palu,
begitulah rupa paras jalan yang satu ketika dahulu menjadi laluan utama dari
Seremban ke Kuala Pilah.
Tapi apabila jalan baharu sejauh 6.9 kilometer dibuka secara rasmi pada 25
November 2009, jalan berkelok 32 itu, dari hari ke hari semakin ditinggalkan
sepi. Namun Bukit Putus ada menyimpan 1001 rahsia.
Sehingga hari ini bagaimana wujudnya nama Bukit Putus masih tidak diketahui
dengan jelas.
Laluan berusia lebih 40 tahun itu tidaklah terlalu panjang. Hanya lapan kilometer
sahaja. Empat kilometer ke puncak dan empat kilometer lagi ke kaki bukit.
Laluan berliku dan berbukit ini kurang disukai pemandu. Selekohnya tajam.
Jalannya sempit. Mengerikan bagi pemandu baharu yang baru pertama kali
melaluinya.
Mengenang Bukit Putus juga boleh menjadikan bulu roma meremang kerana
banyak cerita mistik tersebar dari mulut ke mulut.
Antaranya kisah seorang lelaki mengilai tanpa kepala di satu pokok besar
dekat sebatang selekoh. Ada juga yang nampak sekumpulan manusia sedang
berjalan mengusung keranda membawa obor dan ada juga yang melihat ‘pocong
berdiri di kaki bukit.
Cerita bantal peluk bergolek mengejar kenderaan, bebola api berterbangan di
sekitar jalan, gerai misteri yang berniaga di tengah malam sehinggalah cerita
terlihat sepasang manusia lelaki dan wanita melapah daging monyet di selekoh
yang terdapat juraian air bukit.
pemandu lori di hentian rehat Ulu Bendul dan mereka beritahu, jam 2 pagi hingga
ke 4 pagi, jalan itu akan diganggu Pontianak."
Orang usung keranda
"Sesiapa yang 'bernasib baik' sahaja akan diganggu oleh makhluk halus.
Jalan sunyi kenderaan berkurangan
Biarpun bilangan kenderaan menggunakan jalan Bukit Putus semakin berkurangan,
malah boleh dikatakan sudah tiada, kisah mistik dan misteri itu masih terus disebarkan.
Bagaimanapun, selepas jalan baharu yang lebih pendek dan lurus dibuka dan
kenderaan yang melalui jalan Bukit Putus semakin berkurangan, ada ura-ura untuk
menjadikan laluan ini sebagai tempat riadah dan rekreasi.
Namun sehingga hari ini, tidak kelihatan apa-apa usaha dilakukan. Bukit Putus
sudah jadi laluan sunyi. Bukan setakat manusia dan kenderaan, malah monyet
dan kera yang dahulunya kelihatan banyak di tepi-tepi jalan setiap kali melalui
laluan itu, kini sudah tiada.
Kalau dulu ‘mereka’ amat suka berpelesiran di tepi jalan, kini sudah tidak nampak
bayang. Mungkin dulu ada saja pemandu yang melempar makanan untuk mereka
menjadikan mereka gemar keluar di tepi jalan menunjukkan muka.
Tapi sekarang, tak siapa yang datang melihat lagi. Khabarnya, polis juga tidak
menggalakkan pemandu melalui laluan ini terutama waktu malam kerana ada
kes samun berlaku di sini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan