Jumaat, 27 Januari 2017

ohhh atap ke mana kau pergi kata kata keluhan sayu dan sedih seorang OKU Mohd Syair Noh, 48














SEORANG lelaki orang kelainan upaya (OKU) terpaksa berhujan seketika selepas 

pondok didiaminya dilanda ribut yang menerbangkan sebahagian besar bumbung
 pondoknya, Jumaat lalu.
Mohd Syair Noh, 48, seorang OKU fizikal yang berjalan menggunakan lututnya, 
tinggal di situ seorang diri, namun terdapat saudara-maranya yang tinggal 
berdekatan.
“Kejadian berlaku pagi Jumaat yang menyebabkan banyak atap diterbangkan 
ke dalam air banjir.
“Tempat solat saya pun basah. Saya balik rumah sekali sekala sebab biasanya
 saya tinggal di pondok Seligi, Pasir Puteh,” katanya.
Dia ditemui ketika diziarahi ahli jawatankuasa Perantau Bachok, Mohd Nazri 
Ismail dan Nasrul Mohamed.
Namun bumbung yang diterbangkan ribut itu segera diambil semula dan dibaik 
pulih oleh saudara maranya yang berdekatan berikutan mereka bimbang dengan
 keadaan hujan yang berlarutan sejak akhir-akhir ini.
Mohd Syair yang juga klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menerima 
sumbangan daripada Perantau Bachok berupa keperluan harian.
Selain itu, terdapat sebuah rumah lagi di kawasan itu yang mengalami nasib sama
 iaitu kediaman milik Hassan Mat Nor, 49.
Mohd Nazri berkata, perkara itu akan dibawa kepada pihak Pejabat Tanah dan 
Jajahan dan bantuan Tabung Serambi Makkah akan diserahkan dalam masa 
terdekat untuk mangsa terlibat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan