JIKA beberapa kubu kebal tinggalan penjajah selepas Perang Dunia Kedua di
daerah lain dijaga rapi, namun berbeza kubu kebal di daerah Bachok yang
terbiar dipenuhi semak samun dan sebahagiannya dijadikan tempat longgokan
sampah serta sarang maksiat dan penagihan dadah.
Tujuh tahun lalu iaitu 2007, kubu berdekatan Simpang Tiga, Pengkalan Chepa hanya
menjadi lokasi pembuangan sampah oleh peniaga setempat, ,selepas barulah ia
dipulihara semula sebagai tapak warisan sejarah.
Dianggarkan, terdapat 25 kubu kebal dari Kota Bharu hingga ke Bachok dan
sebahagiannya sudah semakin tenggelam ditelan pasir di pesisir pantai akibat
hakisan setiap tahun menjelang musim tengkujuh.
Dalam kalangan masyarakat setempat, mereka lebih mengenali kubu kebal itu
sebagai kubu Jepun, sedangkan hakikatnya ia adalah binaan British, dibina dari
pesisir pantai Kuala Pak Amat hingga ke Bachok.
Terputus di situ, kubu yang sama dikatakan dikesan di Besut, Terengganu.
Kubu tersebut dibina dari konkrit dan pasir sungai, diikat dengan kerawat besi
sebagai sebuah binaan oktagon untuk memuatkan tentera upahan British yang
terdiri daripada askar Punjab atau Gurkha.
Setiap sisinya mempunyai lubang untuk memerhati dan menembak musuh
yang datang dari arah laut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan