Khamis, 22 Disember 2016

TUMPAT - Kata Ishak Awang, 60 Mujurlah kami nampak ular sawa itu, kalau tak kami tidur dengan ular malam semalam (kelmarin)















TUMPAT - Empat beranak di Kampung Bahagia, Chabang Empat, di sini cemas apabila kediaman mereka dimasuki air berikutan hujan lebat kelmarin.
Hujan sejak Isnin lalu menyebabkan kawasan rumah mereka ditenggelami air hampir dua meter.
Ishak Awang, 60, 
berkata, dia terkejut apabila air limpahan dari tali air di hadapan rumahnya mengalir deras masuk ke dalam rumah mereka.
"Bila air separas betis dalam rumah, kami mula memunggah perabot, mesin basuh dan dokumen penting letak di tempat tinggi.
"Kami juga terpaksa tidur dalam keadaan semua ruang rumah termasuk bilik tidur dan ruang tamu dipenuhi air," katanya.
Katanya, mereka sekeluarga juga turut dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa yang masuk ke dalam kediaman mereka.
"Bila kawasan digenangi air, tidur malam pun tak nyenyak, runsing binatang berbisa masuk dalam rumah.
"Mujurlah kami nampak ular sawa itu, kalau tak kami tidur dengan ular malam semalam (kelmarin)," katanya tinggal bersama anak, menantu serta seorang cucu.
Menurut Ishak, sejak musim tengkujuh melanda, sudah dua kali rumahnya dinaiki air dan selagi musim hujan ini tidak berakhir, dia perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan.
Katanya, walaupun air di dalam rumahnya sudah surut, tetapi kawasan persekitarannya masih digenangi air.
"Saya amat berharap tali air di hadapan rumah ini dibersihkan kerana itu antara penyebab air lambat surut selain kedudukan rumah ini agak rendah memburukkan lagi keadaan,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan