Rabu, 21 Disember 2016

KOTA BHARU -Menjadi tanda tanya adakah anaknya membunuh ibunya (baca selanjutnya.. dalam kejadian samun suspek pembunuh sudah di tahan suspek lelaki berusia 35 tahun itu diberkas ketika sedang tidur di lokasi kejadian pada jam 12.03 pagi, semalam.














KOTA BHARU - Anak tunggal kepada wanita warga emas yang dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai, Isnin lalu, ditahan polis.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek lelaki berusia 35 tahun itu diberkas ketika sedang tidur di lokasi kejadian pada jam 12.03 pagi, semalam.
Katanya, penahanan suspek dibuat bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian samun dan bunuh ibunya, Rohani Musa, 60. Pihak polis menyiasat kes berkenaan dari segala sudut termasuk meneliti sama ada wujud penglibatan suspek secara langsung atau tidak dalam kejadian itu.
“Terdapat beberapa percanggahan dalam penceritaan suspek berhubung kejadian menimpa ibunya itu. Suspek berkelakuan pelik apabila menghilangkan diri selepas kejadian itu.
“Itu hanya dapatan awal,  siasatan lanjut yang lebih terperinci masih diteruskan polis bagi mendapatkan bukti  yang lebih kukuh dan jelas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen,  di sini, semalam.
Katanya, sehubungan itu, suspek yang menganggur itu, dikenakan perintah tahanan reman selama seminggu di Mahkamah Majistret, Kuala Krai, semalam.
“Tempoh reman suspek berkuat kuasa hari ini (semalam) sehingga 27 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
 mayat Rohani ditemui suspek dalam keadaan terikat kaki, tangan dan mulut selepas pulang dari menonton bola sepak di kedai berhampiran rumah mereka pada jam 1.30 pagi.
Hasil pemeriksaan di tubuh badan mangsa turut menemui kesan bengkak di belakang kepala selain kesan darah di telinga kiri.
Semalam, berdasarkan laporan bedah siasat forensik, polis mengesahkan mangsa mati dibunuh selepas sesak nafas kerana kesan terkup pada mulut dan hidung hingga tulang retak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan