Jumaat, 2 Disember 2016

PASIR PUTEH - Seramai 26 orang daripada lima keluarga di Kampung Tasek dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja dekat sini, hari ini












PASIR PUTEH - Seramai 26 orang daripada lima keluarga di Kampung Tasek dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja dekat sini, hari ini.
Tindakan memindahkan mangsa sebagai langkah berjaga-jaga kerana jalan ke kampung itu sudah tidak boleh dilalui kenderaan biasa kerana ditenggelami air lebih satu meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmy Mustofar berkata, mereka yang dipindahkan terdiri daripada 14 dewasa, 10 kanak-kanak dan dua bayi.
Katanya, kesemua mangsa dipindahkan oleh pasukan bomba, polis dan beberapa pihak lagi dari jam 12.30 tengah hari sehingga jam 2.30 petang," katanya.
Menurutnya, langkah berjaga-jaga diambil sejak semalam lagi apabila kampung itu dinaiki air berpunca daripada limpahan air sungai di Besut.
Katanya, bacaan paras air Sungai Semerak masih normal iaitu 0.72 meter yang mana paras berjaga-jaganya adalah 2.00 meter.
Salah seorang mangsa, Zaki Hussin, 42, berkata, dia meletakkan barang berharga di tempat selamat sejak kelmarin lagi.
Katanya, paras air di bahagian dapur rumahnya mencecah 0.5 meter ketika dia dipindahkan semalam.
"Saya bersama lima ahli keluarga mematuhi arahan berpindah yang dikeluarkan pihak berkuasa
"Saya juga bimbang jika air terus naik pada waktu makam, ia akan jadi lebih sukar,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan