Jumaat, 2 Disember 2016

KUALA KRAI - Jambatan Kampung Pemberian yang ditenggelami air semalam,telah pun surut pagi ini. Bagaimanapun sampah, balak serta kayu yang tersangkut pada jambatan menyebabkan penduduk terpaksa bergotong-royong









KUALA KRAI - Jambatan Kampung Pemberian yang ditenggelami air semalam,telah pun surut pagi ini.
Bagaimanapun sampah, balak serta kayu yang tersangkut pada jambatan menyebabkan penduduk terpaksa bergotong-royong  bagi membolehkan laluan utama mereka ke kawasan sekitar dapat digunakan semula.
Penduduk, Nahazeli Ibrahim, 51, berkata,air surut sekitar menjelang subuh.
"Kira-kira jam 7.30 pagi penduduk keluar beramai-ramai untuk membersihkan sampah serta kayu yang tersangkut pada jambatan.
"Setiap kali air surut,sudah menjadi rutin kami sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk bergotong-royong membersihkan sampah dibawa arus deras sungai," katanya.
Menurutnya,jambatan boleh digunakan seperti biasa dua jam kemudian setelah kesemua sampah,balak serta kayu yang tersangkut pada jambatan berjaya dibuang.
Semalam jambatan ini tidak dapat dilalui setelah ditenggelami air kurang dua meter berikutan hujan berterusan malam sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan