Sabtu, 26 November 2016

laporan polis sudah dibuat Facebook (Fb) bernama ‘Saiful Otai’ yang melemparkan tohmahan kepada seorang anggota penguat kuasa JPJ yang meninggal dunia akibat digilis treler











Shah Alam: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kesal dengan tindakan pemilik akaun Facebook (Fb) bernama ‘Saiful Otai’ yang melemparkan tohmahan kepada seorang anggota penguat kuasa JPJ yang meninggal dunia akibat digilis treler, Rabu lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, satu laporan polis sudah dibuat Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPJSM) cawangan Perak sehari selepas kejadian dan cawangan Selangor juga akan melakukan perkara sama.
“Pemilik akaun Facebook bernama ‘Saiful Otai’ mendakwa dia berada di tempat kejadian dan seolah-olah gembira melihat mangsa maut digilis treler selain mendakwa mangsa mendapat balasan kerana terbabit dalam rasuah serta salah guna kuasa.
“Dakwaan itu adalah berat. Bayangkan apa perasaan keluarga mangsa apabila membaca komen sedemikian. Justeru, tindakan segera perlu diambil agar nama mangsa dapat dibersihkan dan individu terbabit dikenakan hukuman setimpal,” katanya pada sidang media selepas memberi sumbangan kepada keluarga pegawai JPJ, Kamarul Azri Abdullah Zawawi, 43, yang meninggal dunia akibat sakit jantung, bulan lalu, di sini, semalam.
Sumbangan berkenaan diterima balu kepada Kamarul Azri, Maizatul Akma Mohamad, 39, dan turut dihadiri Presiden KPJSM Hamzah Masri dan Pengarah JPJ Selangor Nazli Md Taib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan