Sabtu, 26 November 2016

Jatuh satu persatu ditelan bumi dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat












HULU SELANGOR – Selama ini, penduduk di kawasan perumahan Taman Idaman, Serendah di sini tidur dengan lena, namun awal pagi semalam, mereka dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat akibat kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan itu.
Dalam kejadian di kawasan lereng bukit di situ pada pukul 1 pagi, sebanyak tujuh buah kereta, dua buah motosikal dan sebuah gerai makanan musnah selepas menggelongsor, satu persatu jatuh ke dalam runtuhan ibarat ditelan bumi.
Kenderaan tersebut adalah milik penduduk dan antara jenisnya ialah Honda Civic, Proton Saga, Proton Wira dan Mercedes-Benz.
Bencana ini turut menyebabkan seorang penunggang motosikal Yamaha LC 135, Muhammad Fareez Hanudin, 21, cedera ringan selepas tertimbus dalam runtuhan.
Bagaimanapun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan