Rabu, 23 November 2016

Hina sultan kelantan:Dengan gambar lucah Jaksa Pendamai Kelantan lapor polis















KOTA BHARU - Jaksa Pendamai Kelantan di sini hari ini membuat laporan polis berhubung penghinaan Rusli Johol melalui akaun Facebooknya terhadap Sultan Kelantan.
Naib Presidennya, Datuk Wan Adzlan Wan Othman berkata, pihaknya tampil membuat laporan polis memandangkan pihak berkenaan bertindak biadap selain menghina Sultan Kelantan, pihak terbabit juga turut menghina institusi Raja-Raja Melayu.
“Dalam Facebook terbabit juga pihak berkenaan memaparkan gambar yang tidak senonoh dan salah satunya melibatkan Sultan Kelantan yang juga bakal Yang di-Pertuan Agong jelas menunjukkan kepala baginda dipancung.
“Perbuatan itu boleh dianggap sebagai kesalahan di bawah Seksyen 121A Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dijadikan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Hadir sama ahli tertinggi Jaksa Pendamai termasuk jawatankuasa terbabit.
Wan Adzlan berkata, perbuatan itu dibantah oleh Majlis Jaksa Pendamai Kelantan dan memohon agar pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku.
“Semoga pelaku dapat dibawa ke muka pengadilan supaya perkara seumpama ini tidak berulang dan menggangu gugat ketenteraman negara,”katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan