Khamis, 24 November 2016

Ganggu tugas penjawat awam, pasangan Cina ditahan polis















BANGI, 25  Jumaat – Polis menahan pasangan lelaki dan wanita berbangsa Cina yang didakwa mengganggu seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) susulan tersebarnya perbuatan mereka di laman sosial.
Video berdurasi dua minit itu menunjukkan anggota penguatkuasa wanita MBSA yang didakwa dikasari dan diganggu oleh pasangan tersebut kerana mengeluarkan saman menjadi viral di laman sosial.
Insiden tersebut dipercayai berlaku di Bukit Rahman Putra dekat Sungai Buloh disebabkan pasangan berkenaan tidak berpuas hati disaman anggota penguatkuasa itu.
Pasangan itu dilihat cuba menghalang tugas anggota penguatkuasa tersebut termasuk menarik pakaian dan menghalangnya.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Dr Abdul Aziz Awang Darus mengesahkan penahanan pasangan terbabit pada pagi Jumaat.
“Mereka ditahan dan kes itu dirujuk kepada timbalan pendakwaraya awam untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dilapor The Star, hari ini.
Pasangan berkenaan akan didakwa di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 183 Kod Penal kerana menganggu tugas penjawat awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan