Jumaat, 25 November 2016

Bersunat beramai ramai di tanah merah dan dapat T-shirt percuma












TANAH MERAH - Majlis Khatan Perdana Dun Bukit Panau yang disertai 350 kanak-kanak anjuran Umno Bahagian Tanah Merah, di sini, hari ini, mencipta sejarah tersendiri sebagai peserta paling ramai bagi acara itu di parlimen ini, tahun ini.
Jumlah peserta membabitkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 13 tahun itu meningkat lebih empat kali ganda berbanding 85 kanak-kanak yang menyertai program sama pada tahun lalu.
Pengarah Dun Bukit Panau, Dayang Saniah Awang Hamid berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan menyediakan seramai 20 tok mudim bagi menjalankan prosedur khatan pada majlis itu.
"Memandangkan jumlah peserta begitu ramai dan hari ini Jumaat, kita terpaksa bahagikan peserta kepada dua kumpulan iaitu sesi pagi dan sesi petang," katanya, hari ini.
Prosedur khatan bermula jam 10 pagi untuk 150 peserta pertama dan disambung semula jam 2 petang bagi peserta selebihnya itu diketuai Penolong Pegawai Perubatan, Hospital Tanah Merah (HTM), Mahadi Mohd Noor.
Dayang Saniah berkata, kos berkhatan pada program itu ditanggung sepenuhnya oleh Ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang turut menyumbangkan T-shirt kepada semua peserta.
Katanya, kejayaan program itu hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Biro Kebajikan Umno bahagian ini serta agensi kerajaan seperti Pejabat Pendidikan daerah, bomba, polis dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
"Terima kasih juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Dun ini selaku urusetia yang bertungkus lumus hampir sebulan bagi menjayakan program ini,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan