Isnin, 14 Januari 2019
mengenakan baju-T belang putih merah dan skirt merah jambu berbunga-bunga selain mendandan rambutnya, sebelum Najib melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya.
Murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) SJK(T) Ladang Midlands berusia 12 tahun itu turut membersihkan biliknya dan sempat menukar pakaian dengan mengenakan baju-T belang putih merah dan skirt merah jambu berbunga-bunga selain mendandan rambutnya, sebelum Najib melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya.
Sharmini dan bapanya yang bekerja sebagai pencucui kereta, S Sukumaran, 40, menjadi tumpuan selepas seorang pengguna laman sosial Facebook memuat naik satu mesej mengenai kedua-dua mereka yang berada di Seksyen 9, Shah Alam mencari pemandu yang mahu kenderaan mereka dicuci tanpa menetapkan harga.
Kanak-kanak perempuan itu menyifatkan lawatan Najib itu sebagai hari yang tidak akan dilupakannya kerana pemimpin politik utama datang melawat keluarganya.
“Guru besar saya pun bertanyakan kepada saya mengenai perkara ini. Saya pulang dari sekolah hari ini dan cepat-cepat menolong ibu saya menyapu dan mengemop lantai.
“Hari ini berbeza kerana selalunya bapa saya akan menjemput di sekolah dan kami akan terus ke Seksyen 9 untuk mencuci kereta.
“Saya gembira dan tidak sabar untuk memberitahu rakan sekelas mengenai apa yang berlaku hari ini,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor suatu hari nanti.
Murid Tahun Enam itu yang mempunyai seorang adik lelaki Hariaran, 6, berkata dia menolong bapanya mencuci kereta sejak dua tahun lalu kerana tidak sanggup melihat bapanya membuat kerja itu seorang diri.
Sementara itu, Sukumaran berkata, dia dan isteri M Kannagi, 39, bersyukur selepas mendengar Najib mahu melawat mereka sekeluarga di rumah mereka di Jalan Padang Jawa 2.
“Saya tidak mempunyai perabot di rumah ini. Jadi saya meminjam beberapa kerusi daripada jiran supaya Najib boleh duduk dengan selesa. Saya harap beliau tidak kisah datang ke rumah saya.
“Kami tidak mempunyai harta dan saya gembira beliau masih datang untuk melawat kami,” katanya yang berasal dari Sabak Bernam.
Sepanjang 30 minit lawatan itu, Najib bertanya keadaan Sukumaran dan keluarganya sebelum menyampaikan sumbangan barangan asas termasuk beras.
Selepas dimaklumkan Hariaran tidak dapat memasuki tadika kerana Sukumaran tidak mampu membayar yuran sebanyak RM400, Najib berkata, beliau dan UMNO Shah Alam akan membantu mereka.
Sebaik mendengar janji Najib, Sukumaran tidak dapat menahan perasaan dan menitiskan air mata.
Najib berkata, beliau mahu melawat keluarga itu selepas membaca mengenainya dalam Facebook.
“Saya mendapat tahu keluarga ini berdepan tekanan hidup dan Sukumaran tidak mempunyai pendapatan tetap selepas terbabit dalam kemalangan.
“Saya berada di sini untuk memberikan bantuan kerana saya mahu keluarga ini hidup lebih selesa dan saya berharap lebih ramai yang tampil membantu mereka,” katanya.
Katanya, UMNO Pusat dan UMNO Shah Alam akan membantu keluarga itu dari semasa ke semasa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan