Khamis, 28 September 2017

TUMPAT - Empat beranak terpaksa tinggal berhimpit di dalam sebuah kontena reput di Kampung Telaga Lanas kerana kemiskinan hidup................... ...................



TUMPAT - Empat beranak terpaksa tinggal berhimpit di dalam sebuah kontena reput di Kampung Telaga Lanas kerana kemiskinan hidup.

Walaupun tidak selesa tinggal di dalam kontena itu, Nazerli Mohamad, 45,  bersama isteri, Noraini Dollah, 31, serta dua anaknya, Norhidayah, 9 dan Mohd Akbar, 4, tiada pilihan lain kerana tidak mempunyai tempat lain untuk berteduh serta tidak mahu menyusahkan bapanya.

Narzeli berkata, kehidupannya menjadi sukar selepas mengidap penyakit stroke dan kencing manis kronik menyebabkan dia yang sebelum ini menetap di Kajang, Selangor terpaksa pulang ke kampung halaman kerana sakit.


Tiga tahun saya bersama isteri dan anak-anak terpaksa menahan bahang panas tinggal dalam kontena selepas berpindah ke kampung.

"Menumpang pula di atas tanah kakak ipar kerana saya tidak punyai tanah sendiri," katanya.

Menurutnya, kontena itu adalah pejabatnya semasa dia bekerja sebagai site superviser dengan abangnya di Kuala Lumpur, dibawa pulang kontena itu ke kampung 22 tahun lalu.

Katanya, dia habiskan RM2,000 ubahsuai kontena ini sebagai rumah yang dilengkapi bekalan elektrik dan air.

"Di dalam kontena inilah 'syurga' kami, disinilah dapur kami, disinilah bilik tidur kami, di sini lah ruang makan kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan