Rabu, 13 September 2017

klang - pukul 5 pagi tadi Dua penjenayah berputih mata apabila gagal melarikan wang dari mesin ATM di Jalan Mohogani 5, Ambang Botanic




KLANG - Dua penjenayah berputih mata apabila gagal melarikan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Mohogani 5, Ambang Botanic di sini selepas cuba memecahkan menggunakan penukul dan besi panjang awal pagi semalam.

Kejadian berlaku pukul 5.01 pagi sewaktu bank tersebut tidak dikawal oleh pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat dua suspek yang memakai topi keledar penutup penuh dan pakaian serba hitam turun dari sebuah motosikal.

Katanya, kedua-dua suspek memegang besi panjang dan penukul.

"Dua penjenayah ini cuba menggunakan peralatan tersebut bagi mengumpil dan memecahkan mesin ATM selama 45 minit namun gagal.

"Suspek kemudian melarikan diri setelah ada orang awam meletakkan kenderaannya di hadapan bank tersebut,"

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di lokasi kejadiam menemui enam kesan cap jari dan hanya sebuah mesin ATM sahaja terlibat.

Jelasnya, tiada kerugian dilaporkan dan usaha memburu suspek sedang dilakukan pihaknya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan