Sabtu, 16 September 2017

BACHOK - penunggu pantai bachok menganas kembali meragut 1 nyawa lagi ............................. .................................................. ..........




BACHOK - Seorang remaja lelaki dijumpai lemas manakala tujuh lagi rakannya dapat diselamatkan semasa mereka mandi-manda di Pantai Perkasa kemrin

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Bomba Kanan II, Ibrahim Mohd Rohni berkata mayat Idi'Arif Idris, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian I Kota Bharu ditemui pukul 1.47 tengah hari tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis daerah Bachok untuk dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
                                       
                              misteri cahaya dalam botol key chain harga RM10


Ibrahim berkata remaja terbabit bersama 14 rakannya berkelah di kawasan pantai berkenaan sejak semalam sempena cuti hujung minggu.

Katanya ketika kejadian hari ini hanya mangsa dan tujuh rakannya turun ke laut untuk mandi yang kemudiannya mereka dihanyutkan ombak.

"Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan berjaya menyelamatkan tujuh pelajar terbabit manakala mangsa hilang dihanyutkan ombak," katanya.

Beliau berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.25 tengah hari menghantar tujuh anggota untuk operasi mencari dan menyelamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan