Jumaat, 25 Ogos 2017

tregedi Suami isteri sehidup semati





SEPASANG suami isteri meninggal dunia apabila kereta dinaiki dipercayai hilang kawalan lalu merempuh belakang lori, di Kilometer 187 lebuh raya PLUS, arah utara, awal pagi ini.

Difahamkan mangsa Mohd Hairul Ab Jalil@Sakari, 40, dan isteri Saadah Ab Hamid, 35, menaiki Proton Persona, dari Johor ke Kuala Lumpur.Bagaimanapun, kereta dipandu Mohd Hairul tiba-tiba hilang kawalan, terbabas sebelum merempuh belakang lori muatan besi yang berada di laluan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, pasangan terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mereka dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.