Khamis, 24 Ogos 2017

pengalaman ngeri Esah Mohd Yusof, 67 baca cerita selanjutnya .............................................................









TUMPAT - Sebuah rumah di Kampung Dalam Rhu musnah dalam kebakaran dipercayai disambar petir ketika hujan lebat, 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, pemiliknya, Azizah Aziz, 58, tiada di rumah.

Jirannya, Esah Mohd Yusof, 67, berkata, kejadian kebakaran itu begitu pantas sekali bermula dengan cahaya kilat dan diikuti bunyi petir yang kuat.

Katanya, selepas panahan kilat kali pertama, dia ketika itu sedang mengajar al-Quran arahkan cucunya tutup pintu khuatir kilat berlaku lagi.

"Bila  pintu rumah saya ini di tutup, tiba-tiba cucu saya nampak api melalui celah pintu.

"Mula mengesyaki sesuatu yang buruk, saya bangun tolak pintu itu, terkejut melihat api sudah marak membakar dinding di luar rumah," katanya.

Menurutnya, rumah jirannya itu sudah terbakar dan api bermula di bumbung rumah  dipercayai terkena  panahan petir.

"Saya bersama cucu terus keluar menyelamatkan diri tanpa sempat menyelamatkan  dua buah motosikal serta basikal yang hangus dijilat api.

"Separuh rumah saya hangus dalam kebakaran ini manakala rumah jiran saya musnah terbakar," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat Wan Baijuri Wan Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.40 petang.

Menurutnya, tiga jentera dengan kekuatan 14 anggota dari Balai Bomba Tumpat dan Pengkalan Kubor dikejar ke lokasi kejadian.

"Kebakaran rumah itu sudah 80 peratus ketika jentera bomba tiba.

"Bagaimana pun api berjaya dikawal daripada merebak membakar rumah berdekatan," katanya.

Menurutnya, kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Saga.

"Punca dan kerugian masih dalam siasatan,