Selasa, 8 Ogos 2017

Misteri lebuh raya Gopeng-Gua Tempurung Ramai penduduk di situ mendakwa selalu bertembung mahluk halus






Misteri lebuh raya Gopeng-Gua Tempurung     Ramai penduduk di situ mendakwa selalu bertembung mahluk halus  ketika melalui kawasan berhampiran lebuh raya, malah sebelum lebuh raya itu dibina lagi.


"Beberapa penduduk dan pengguna lebuh raya mengakui diusik makhluk halus di situ  mahluk halus itu di percayai penghuni gua tempurung 


                                   suasana menyeramkan dalam gua tempurung 

  Malah, ada pemandu trak tunda yang melalui kawasan itu ketika tengah malam dan awal pagi pernah terserempak dengan bayangan manusia melintas di tengah malam serta bertemu wanita tidak berwajah mengetuk cermin kenderaan ketika kenderaan berhenti seketika di laluan berkenaan.

Bah Semu berkata, kisah misteri berkenaan lebih kerap kedengaran sebelum pembinaan lebuh raya dan kisah itu berterusan diceritakan penduduk kampung selepas kemudahan itu siap.

Sementara itu, Ketua Kampung Sahom, Sulaiman Abd Shukor, 62, berkata penduduk di kampungnya yang berada paling hampir dengan laluan berkenaan mendengar dentuman daripada kenderaan yang terbabit dalam kemalangan hampir setiap bulan.