Selasa, 15 Ogos 2017

GUA MUSANG - Misteri terbongkar penemuan tulang rangka manusia di dasar Sungai Nenggiri,















GUA MUSANG - Misteri terbongkar penemuan tulang rangka manusia ..Penduduk di sekitar Kampung Pulau Setelu, di sini gempar apabila seorang pencari besi terpakai mendakwa menemui tulang di dasar Sungai Nenggiri, 

Penjaga jambatan sementara Pulau Setelu, Rohaizad Che Soh, 39, berkata,  dia mengesyaki penemuan itu ada kaitan dengan kehilangan adiknya yang lemas Januari lalu.

Adnan Che Soh, 29, dilaporkan lemas apabila terjatuh dari jambatan sementara berkenaan, namun usaha mencari gagal menemui jasad mangsa sehingga kini.


Rohaizad berkata, penduduk yang menyelam ke dasar sungai untuk mencari besi terpakai dan menemui tulang itu membuangnya semula ke dalam sungai kerana takut.

"Penemuan itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan bomba. Walaupun sudah lama berlalu, namun saya berharap ia milik adik saya kerana hingga kini jasadnya belum ditemui," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya sedang mengenal pasti penemuan itu.