Selasa, 11 Julai 2017

misteri rumah bunian di hujungg kanpung







rumah ini dibuat pada tahun 1941. dan ia masih utuh dan kukuh sampai sekarang. hanya rumah ini yang tinggal rumah yang lain sudah lama lenyap ditelan bumi dn sudah menjadi hutan.. tinjauwan kami kerumah ini atas sebab khabar angin penduduk setempat mendakwa rumah ini dihuni bunian. mengikut cerita pemburu yang selalu masuk hutan nampak cahaya pelita waktu malam. dan seakan2 berpenghuni. dan mendekati perigi rumah itu bau harum semerbak kasturi dan mempunyai ikan yang cantik didalam perigi itu. 

cerita itu semakin kuat selepas sepupu saya sendiri pergi kerumah itu selepas wujudnye intiti didalam gambar phonenye selepas ambil gambar rumah itu(nanti sy share). esok harinye pada pukul 7.30pm(senja) saya sendiri pergi meninjau kawasan tersebut yg perlu meredah hutan berjalan kaki bersama waris2 saya.sampai disana saya mendapati kawasan itu sangat bersih.seperti dirurus.dan terdapat mate air dibawah rumah.keliling umah itu juga terdapat pokok2 bunga.(maaf kualiti gambar kurang memuaskan disebab kawasan itu sudah gelap sy terpaksa mngunakan ISO yg tinggi dan diconvertkn format lebih kecil).saya cube mngambil gambar sebanyak yang munkin tapi gagal mendapat kn klibat puteri bunian.