Rabu, 19 Julai 2017

KEDAH - Mak Intan jaga 600 ekor anjing dengan penuh kasih sayang









ALOR SETAR: Halijah Idris,  di Jalan Tanjung Bendahara. yang menguruskan pusat perlindungan haiwan terbiar di sini, sentiasa memastikan 600 anjing jalanan yang dijaganya diberi suntikan vaksin bagi mengelak wabak termasuk rabies atau penyakit anjing gila.

Lebih dikenali Mak Intan, Halijah, 70, yang mengambil alih menguruskan Pak Mie Shelter selepas kematian suami, Muhammad Azmi Isma, 58, dua tahun lalu, berkata beliau memang menitikberatkan kebersihan dan kesihatan haiwan.

Pernah bertugas di bahagian perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mak Intan berkata, semua haiwan peliharaannya dijaga sebaik mungkin termasuk anjing yang diberi suntikan vaksin secara berdisiplin dengan kos mencecah RM70 seekor.

"Apabila kesihatan haiwan dilihat secara serius, wabak sukar merebak walaupun anjing yang saya jaga adalah 'anjing kurap' dikutip dari tepi jalan.

"Saya hairan ada yang biar anjing mereka tanpa suntikan vaksin walaupun hanya bela satu dua  ekor sahaja