Selasa, 13 Jun 2017

pengalaman ngeri Kaki pancing jumpa mayat dalam parit .......................................................................................................








KLUANG - Mayat seorang lelaki berusia 50 tahun telah dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam parit air di kebun kecil kelapa sawit di Central Paloh, dekat sini, dipercayai telah dibunuh, 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, mayat tersebut telah dijumpai oleh seorang pemancing lebih kurang jam 11.09 pagi ketika berhenti di jambatan berhampiran dengan tempat kejadian.

berikutan penemuan tersebut pemancing berkenaan telah membuat laporan kepada pihak polis tentang mayat berkenaan.

"Berdasarkan laporan daripada pemancing yang mahu dikenali sebagai Ah How itu, ketika itu dia telah berhenti di jambatan untuk melihat keadaan air untuk memancing.

"Kemudian telah terjumpa mayat dan terus memaklumkan kepada polis. Tempat kejadian merupakan kawasan kebun kelapa sawit.

"Jarak tempat kejadian dengan jalan besar Paloh lebih kurang 100 meter. Ketika mayat ditemui keadaan mayat adalah dalam keadaan terlentang di dalam air.

"Keadaan air parit adalah cetek. Mayat dijumpai berdekatan dengan jambatan kecil di dalam kebun kelapa sawit," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohamad berkata, sewaktu mayat ditemui keadaan mayat dalam keadaan tidak berbaju dan seluar namun memakai stokin pada kedua-dua belah kakinya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati bersama mayat tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai.

"Pemeriksaan awal juga mendapati keadaan muka mayat telah mereput, bahagian perut terburai dan lain-lain anggota badan dalam proses mereput.

"Mangsa dipercayai telah mati lebih kurang tiga hingga empat hari. Pemeriksaan badan mayat terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian kepala, dada, belakang badan, perut dan kedua-dua belah tangan.

"Bagaimanapun, kini mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kluang untuk bedah siasat dan pihak polis juga meminta jika sesiapa ada kehilangan keluarga atau pekerja sila berhubung dengan pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kluang untuk pengecaman mayat.

"Kes ini akan disiasat dibawah seksyen 302 kanun keseksaan,"