Telaga Simpul terletak di pantai Marina 15 km dari Kemaman telaga ini wujud apabila airmata dari Bukit Pejajat mengalir turun menjadi kolam takungan air. Telaga ini dikatakan tidak pernah kering , jernih dan menyegarkan.Telaga ini menyimpan misteri pernah terjadi pengunjung hairie 41 terlihat dari jauh wanita sedang mandi di dalam telaga itu mahluk wanita itu menyelam apabila hairie menghampiri telaga itu untuk mandi alangkah terkejut kerana wanita tadi tak timbul timbul lalu ia membatalkan untuk mandi di telaga itu lalu ia terus balik ke New Sri Buana Hotel di Kemaman,pada ke esokan hari hairie datang lagi ke telaga itu alhamdulillah tak ada lagi perkara pelik berlaku dan hairie meneruskan hajat untuk mandi sepuas puas di telaga itu
waktu zaman dulu Penduduk tempatan selalu menggunakan air ini untuk mandi, minum dan basuhan serta menjadi tempat persinggahan pelayar-pelayar untuk mengisi air bekalan untuk belayar.
Pada masa dulu telaga ini hanya berdindingkan tanah kini telah dibina dinding yang lebih kemas supaya dapat menarik pelancong ke sini. Mengikut cerita telaga ini dipercayai dibina oleh Abdullah Munsyi ketika membuat pelayaran ke Kelantan, Terengganu dan Pahang pada tahun 1852. Ketika pulang dari Kelantan, beliau singgah di Telaga Simpul untuk mengambil bekalan air dan mandi-manda.
Abdullah Musyi dan awak-awaknya mandi di telaga itu dan selepas mandi beliau serta awak-awaknya akan menyimpul daun mengkuang. Daun yang disimpul ini diletak ditepi telaga. Setiap orang akan menyimpul daun tersebut bagi menggelak terkena malapetaka. Amalan ini adalah adat dan pantang larang yang diamalkan oleh penduduk tempatan sejak dulu lagi.