Isnin, 5 Jun 2017

Jual nasi bungkus ikut tingkap di bulan ramadan akhirnya dapat balasan dari allah ......................................................,,,,,,,,,...........................














JENGKA - “Mungkin ini balasan saya di dunia. Bukan saja ditimpa penyakit tapi suami juga tinggalkan saya dan berkahwin lain," kata seorang wanita yang menyesali perbuatannya menjual nasi bungkus ketika Ramadan.

Normi (bukan nama sebenar) 50-an yang mengaku banyak mengaut keuntungan hasil jualan bertahun-tahun berniaga ketika umat Islam berpuasa itu kini terlantar sakit serta tidak mampu bergerak akibat penyakit kencing manis.

“Bulan puasa memang bulan yang ditunggu-tunggu. Hanya duduk rumah dan pelanggan datang bermula jam 1 tengah hari beli nasi sebungkus RM5 satu lauk dengan air. Setiap lauk pula dijual pada harga RM3 hingga RM5 sebungkus.

“Selama bertahun-tahun saya buat kerja tu dan masa tu saya cuma fikirkan keuntungan semata-mata sebab tu sanggup jual nasi bungkus kepada orang tak puasa dan kebanyakan mereka ialah pekerja ladang yang buat kerja berat dan pekerja pembinaan,