Jumaat, 5 Mei 2017

PONTIAN JOHOR - Misteri warung kedai kopi orang bunian dalam perjalanan pulang memancing dari Jeti abang Aziz Warung makan itu sungguh unik dimana















PONTIAN JOHOR - Misteri warung kedai kopi orang bunian dalam perjalanan pulang dari Jeti abang Aziz dekat pekan Api-api Pontian Johor, setelah beberapa jam memancing maka air laut mula kering dan tangkapan pun semakin kurang lalu kami seramai 4 orang mula kemas untuk pulang. Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi dan perut dah mula terasa lapar, rakan saya menyarankan kami singgah makan jika terlihat warung.Dalam 1/2 jam perjalanan kami terlihat dari kejauhan cahaya warna-warni menandakan ada warung makan dihadapan,kami pun berhenti dan set pada meter kereta jarak warung itu dari tempat kami mula-mula keluar ke jalan besar.

Warung makan itu sungguh unik bagai berada dikampung pendalaman  dimana tiang-tiangnya dari buluh dan dindingnya dari anyaman buluh,
sementara orang-orang yang berada disitu berkopiah dan berserban putih,rata-rata wanita dan lelaki berpakaian putih serta diiring dengan lagu bacaan Al-Quran. Kerana lapar kami kurang ambil perhatian keadaan sekeliling walaupun kami rasa seperti diperhatikan atas-bawah oleh mereka.

Setelah pesanan diambil dan hidangan sampai kami makan dengan berselera sekali,tidak pernah saya dan kawan-kawan menikmati hidangan selazat ini dan selepas selesai kami meneruskan perjalanan pulang dan berjanji akan kewarung itu lagi dilain masa.


2 minggu kemudian kami mancing lagi diJeti abang Aziz dan selepas air laut surut kami bergegas pulang dan merancang untuk singgah diwarung kemarin. Setelah sampai ditempat kawasan warung itu kami dapati tiada kelibat warung makan pun,beberapa kali saya pusing mencari warung tersebut tapi tidak kelihatan….yang ada adalah pokok kapas besar pemeluk dan waktu baru menunjukkan jam 10 malam.