Khamis, 4 Mei 2017

KUALA TERENGGANU - Bagi kaki pancing yang berjiwa romentik inilah tempatnya,Taman ini dianggap menarik kerana dibina berhampiran sungai dan pantai














KUALA TERENGGANU - Taman Rekreasi Pulau Kerengga, Marang terletak 35 km dari bandaraya Kuala Terengganu. Taman ini dianggap menarik kerana dibina berhampiran sungai dan pantai.
Di bahagian belakang taman dibina sebuah jambatan merentasi sungai untuk menuju ke bahagian pantai. Sebuah pondok dibina di atas sungai melihat pemandangan sungai dan pokok nipah.untuk kaki pancing yang berjiwa romentik di sinilah tempatnya



Taman ini terdapat sebuah padang permainan untuk kanak-kanak bermain. Di kawasan ini terdapat banyak pokok rendang yang sesuai untuk berteduh dari sinaran matahari.


Pondok-pondok kecil dibina di sekitar taman ini bagi memboleh pengunjung duduk dengan selesa. Kawasan letak kereta cukup luas.