Sabtu, 27 Mei 2017

KEDAH - Misteri Penunggu gua kerbau di kondiang jitra menyimpan misteri tersendiri ada penduduk kampung terlihat mahluk berbulu seperti beruk di pintu gua














Kedah - Gua kerbau di konding jitra kedah menyimpan misteri  tersendiri beberapa makam lama yang dipercayai lokasi peperangan menentang Siam dahulu kala.

Menurut Fairus, 34, pengalaman semasa membuat kajian tentang sejarah Melayu terutama di Kedah menyebabkan dia mengalami gangguan aneh yang sukar dilupakan seperti mimpi didatangi seorang tua berpakaian putih ala alim ulama yang hanya tersenyum.

“Perkara tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila selepas itu saya didatangi pula seorang panglima berpakaian lengkap berwarna biru gelap, berkeris dan bertanjak ketika berkunjung ke Gua Kerbau,




  Fairus  memberitahu, semasa di Gua Kerbau, isterinya mengalami kejadian pelik apabila tidak dapat melihat kelibatnya serta rakan-rakan lain yang sedang asyik berbincang.

Terangnya, keadaan itu amat pelik memandangkan jarak mereka hanyalah empat meter dan pada ketika itu isterinya menghadap ke arahnya.

“Mengikut salah seorang sahabat saya, kami dipercayai dikelilingi para penghuni mahluk halus penunggu gua. mungkin mereka berminat mendengar kisah kajian yang dikongsi dan kemungkinan kami dilindungi oleh mata kasar.

TIMBUNAN mangkuk dan tengkorak berusia 300 tahun pernah ditemui di lubang gua ini

“Namun, saya menganggap peristiwa aneh itu sebagai satu cabaran dan pengalaman berharga.
Banyak kisah misteri dikutip Fairus daripada penduduk setempat ketika dia mendalami kajian sekitar kampung Alor Ganu.<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/rm6AiKe2Fi0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Kisah makam Tok Cengkoi yang dipercayai dijaga seekor ular tedung selar hitam sebesar batang pokok pinang menjadi bualan paling hangat.

Selain itu kata Fairus, pernah terjadi kejadian orang sesat dalam belukar yang menempatkan makam Tok Cengkoi dan mereka hanya menemui jalan keluar sesudah subuh.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perbuatan khurafat.

Menurut Fairus, pengalaman kenalan ayahnya semasa mengambil upah membersihkan belukar di situ juga agak aneh apabila mesin rumputnya tiba-tiba rosak.

“Bila mesin sudah dibaiki dan boleh digunakan tiba-tiba rantai mesin pula putus sehingga menyebabkan kawan ayah saya terus balik tanpa membersihkan kawasan itu,” katanya.

Jelasnya lagi, selain makam Tok Cengkoi, terdapat empat lagi makam lama di kawasan sekitar. Antaranya, makam Tok Rama, makam Tok Kelewang, makam Tok Lidah Hitam dan makam Tok Malim. Kesemua nama itu dipercayai berkait rapat dengan kesultanan Kedah dahulu kala.

“Lebih menarik, makam Tok Rama terletak di kampung Padang Sejana atau dahulu dikenali Kota Sejana berada di tengah kawasan sawah padi dan sudah diwartakan sebagai tapak warisan sejarah.

Pernah diceritakan oleh penduduk kampung seorang wanita yang ada kaitan dengan tanah di kawasan makam itu dirasuk oleh penjaga makam Tok Rama yang tidak diketahui puncanya,” katanya.

Terangnya, mengikut maklumat yang dicerita oleh penduduk setempat, Kota Sejana itu dahulunya benteng terakhir Kedah bertahan dari serangan Siam.

Tambahnya, jika Siam berjaya menghancurkan Kota Sejana maka mereka hampir sampai ke pusat pentadbiran Kedah pada masa itu di Kota Setar.