Selasa, 16 Mei 2017

Bukit Mertajam: Seorang lelaki berusia 24 tahun mengambil langkah menamatkan ajalnya dengan terjun dari tingkat 10..













Bukit Mertajam: Seorang lelaki berusia 24 tahun mengambil langkah menamatkan ajalnya dengan terjun dari tingkat 10 bangunan Plaza Bukit Mertajam, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.10 pagi, mangsa maut di tempat kejadian dengan kepalanya hancur selepas terjun dari tingkap tandas di situ.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa dipercayai menggunakan lif untuk ke tingkat 10 bangunan berkenaan sebelum ke tandas di tingkat itu.

Katanya, mangsa membuka tingkap sebelum terjun dengan kepalanya ke bawah.

“Mangsa jatuh di laluan keluar dari plaza berkenaan dengan kecederaan parah di kepala.

“Pihak ambulans yang dimaklumkan mengenai kejadian mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan awal juga mendapati, tiada unsur jenayah berhubung kejadian itu.

Nik Ros Azhan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam bagi tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.